Saturday, 31 January 2026

Supaya tak hilang...

 

NABI FIKIRKAN SETELAH 10 HARI PENAT BERHIJRAH...BAGAIMANA NAK SELAMATKAN ORANG.

Anjuran Rasullah Salallahu alaihi Wasalam ﷺ 1. Sebarkan Salam (dakwah) Islam dan beriman kpd Allah. 2. Beri makan kepada orang 3. Sambung Silaturrahim 4. Bangun mendirikan solat malam ketika manusia sedang tidur.

Nabi Musa dlm keadaan penat dan letih masih mahu membantu orang.

Nabi kata Bila sampai ke Madinah..Penat berjalan 10 hari 10 malam

1) Sebarkan salam. (Sebarkan Islam ialah dakwah )
Di wajibkan solat 5 waktu, tahun ke 11 setelah Hijrah. Lebih penting solat malam. (Meskipon kedua2 penting. Sebelum wajib 5 waktu telah di wajibkan solat malam 10 tahun sebelumnya. . Allah wajibkan solat mlm. Penting kerana ia adalah memberi kekuatan kepada orang yang berdakwah. Solat 5 waktu di kira lebih mudah.
Solat malam bukti kita cinta Allah. Tidak ada orang memerhatikan kita. Ia lebih ikhlas ...Cinta Allah. "Solatlah ketika semua orang tidur. Itu bukti kita Cinta Allah"

Rahsia solat malam...
1) Sebab utama manusia masuk syurga.
2) Baru beberapa ayat kalau tak mampu separuh...Baca Quran dengan tartil...Tadabbur.
"Sebab daku nak letakkan atas bahu kamu satu tugas besar , kena faham Al Quran." Waktu malam paling sesuai untuk paham Al Quran. Sebab waktu malam kamu baca Quran lebih kamu paham."Rahsia solat malam. Tanggung jawab besar. Kamu kena sampaikan . Sabar...untuk paham sabar untuk dakwah(sebarkan salam) sabar untuk paham Al Quran. Lepas bangun malam , paham Quran, sabar untyuk dakwah, sabar untuk tinggalkan orang yg marah kafir dengan sabar yang cantik." Hebat...
"Sebenarnya bangun malam dgn paham Al Quran'" Kepastiannya solat 5 waktu telah beres.
InsyaaAllah paham
Kata Tsabit' "Aku lawan nafsu nak bangun solat malam 20 tahun tak rasa manis dan setelah 20 tahun baru rasa manis."
Kata Abu Sulaiman "Orang yang bangun malam lagi lazat dgn solat malam nya mengenal Allah."Hanya Jauhari yg mengenal maknikam"

Ada solafulsoleh kata "Jika tak ada waktu malam aku rasa lebih baik mati "
Imam baca solat subuh pagi .

"Tataja fa junufu anil ...taufan ... ... "orang beriman lebih sedap menjauhkan belakangnya dari tempat tidur untuk berdoa beribadat kpd Allah takut kpd azab Allah dan tamak kepada pahala dan rahmat Allah.(sifat orang beriman)


2)Selamatkan orang dgn beri makan kpd orang.

3)Sambung hubungan silaturrahim. Hubungan keluarga perlu di sambungkan

4) Solatlah malam kerana kamu akan masuk syurga dgn selamat.

Okey...Habis. TQ. Syukur Rabb.


Wednesday, 28 January 2026

Tuesday, 27 January 2026

 

Tuesday, 26 August 2025

DrMAZA-Dalam himpunan derita Allah khabarkan ada kegembiraan pd mereka y..

 

Wednesday, 5 June 2024


 



Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta  dan nyawa dan buah2an.  Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni)   Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar.  Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa?  Kepada orang yang sabar.  Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar?  Allah bagi apperience  orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,

Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting?  kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,'  Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali...  So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain.  Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia  menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan   "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah.  Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.  
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini

Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada.  Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.

...MaasyaAllahallah   memberikan ucapan mulia kepada kita.  Dunia ini debu sahaja.  Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu.   Ya Rabb syukur atas segalanya.  Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana  daku sedari telah sampai ke usia ini.
Syukur Ya Rabb,  kuatkan daku Ya Rabb.   

Matlamat cinta Allah, tiada cinta dunia, tiada cinta peribadi...

 UPDATE  SELASA 27 JANUARI 2026 BERSAMAAN 1447 H 

Saturday, 7 December 2024

Matlamat cinta Allah, tiada cinta dunia, tiada cinta peribadi...

  

Amalan apa yg paling Allah cinta.?
Matlamat cinta Allah, tiada cinta dunia, tiada cinta peribadi...

Tapi sorang pon tak bangun pergi tanya soalan...Nabi hantar pada kami lelaki yg dapat ilmu dari Rasulullah dan dia membaca surah As-Saff...Satu surah.   Mungkin di kalangan kita tak jumpa apa2dlm surah saff.  hari ini kita jumpa ...Intipati surah ini ialah galakan untuk menolong dan membantu bagi memenangkan agama Allah dan berjihad  kpd Agama Allah dlm satu barisan.

Boleh ...Kita ada pelajar 14 orang jadi pelajar akan kita bagi masa 3 minit.  Tengok ayat pertama... 
Segala yang berada di langit dan di bumi, tetap megucapkan tasbih kpd Allah tasbih kepada Allah ...Dia lah yang maha berkuasa ,lagi maha bijaksana. 

Ya semua makhlok berzikir kpd Allah mahipon hidup atau yang mati...
Dalil surah Al Israk ayat 44.
Semua yang ada di langit dan di bumi bertasbih kpd Allah...tidak ada sesuatupon yang tidak  bertasbih dengan memujiNya..akan tetapi kamu tak paham akan tasbih mereka.  Sesungguhnya Allah maha penyabar, lagi Maha Pengampun...(Allah Halim...haliiman...Allah bagi isyarat...semua benda  berzikir.kepada  Allah...

Balik kpd surah Al Saff.,...
Kenapa Allah bagi tahu kita...Ni aku jadikan meja ingat pada aku...tak kan kamu ,,,I phone berzikir ,,,dia pulak tak berzikir...Bagaimana.?
Allah Maha Hakim...Maha Bijaksana...Buat sesuatu 
Wahai orang yang beriman...(Bagi Perhatian)  Dengar kerana ada perintah yg Allah nak bagi tu..."Kenapa kamu cakap sedangkan kamu tidak beriman,
Apa amalan yg paling awak cinta...
Apa kaitan ayat kedua  dengan ayat pertama?
Antara bentuk Allah benci bila kamu tidak mensyucikan ..tidak menyampaikan.
Sangat besar kemurkaan Allah...berapa banyak kamu belajar tapi kamu tak buat...?
Ayat ni tegas...Allah murka...Nabi bila berkhutbah ..muka nabi merah..(Penegasan)Satu penegsannya...
Allah paling murka ialah tak buat apa yang Allah suruh..."Siapa yang Allah suruh tapi tak buat Allah sentiasa  murka.  Cinta  ?   "  Sesungguhnya Allah amat cinta kepada orang yang pergi berperang..."Berperang pada Agama Allah"  Masa  nabi berdakwah di Mekah...mengapa Nabi tak lawan?  Ketika itu Islam masih lemah....... 

Allah izinkan berjihad... Istilah berjihad apa sahaja ibadat..Orang yang baik ialah dia mengajar dan memahami Al Quran..Membaca untuk dapat Ilmu...Tajwid ..proses membaca...Ilmu belum dapat.. dan bila telah pandai membaca  cari dan fahami isi bacaan dgn bertadabbur. dan berdahwah/sampaikan  dengan isi pelajaran yg di fahami.
Sesungguhnya Allah Cinta orang yang berdakwah...
Di syurga paling tinggi ialah Rasul2..mereka orang yang berdakwah/ menyampaikan llmu Allah..
Nabi Sulaiman yang berdakwah Cerita dari Al Quran)  Allah suka berjihad kepada Agama Allah.
..
Kita pulak...Yg paling kita suka santai, healing, dll...  
'Wahai Nabi sampaikan apa yg di turunkan kepadamu...Dakwah berlaku kepada Nabi..
.Dakwah dulu baru ajar solat..
Pertama sekali ajar kenal Tuhan .  
Kedua baru ajar solat.
Ketiga ... keluarkan zakat...
Bila dah kenal  Tuhan , baru ajar  solat dan hukum lain seterusnya...

Alhamdulillah kita habiskan ayat ini...
Ayat pertama....
1) sucikan  Allah
2) Jangan cakap tapi kamu tak buat...belajar buat...mensucikan Allah
3) Jihad ...sebelum berdakwah ...halangan besar ialah Nafsu....

Berdakwah satu tanggungjawab yang berat....
InsyaaAllah...

Tajuk 
"Carilah sahabat yang baik kita menjadi orang yang baik"
ahli syurga boleh bercakap antara satu sama lain... Demi Allah kawan itu hampir mengheret aku ke dlm Neraka...hanya nasib aku Allah selamatkan aku dan tidak  diseret sama ke neraka'

Pendakwah keduas.
Sebab itu Nabi bersabda : Dan Rahmat Tuhanmu lebih besar...Sesiapa yang mengikut Al Quran kita akan masuk ke syurga.'
Nak tak kita dapat unta yang besarbila balik dari pasar?
kalian keluar...Belajar satu ayat dan sampaikan sebarkan kepada kawan2 kita...kita akan dapat seekor unta yang  Besar dan Gemok...Mari kita bersyukur.

Pendakwah ketiga...
Bismillah...Assalamualaikum...Mohd Takif...14 Tahun...
Hakikat kejayaan yang sebenar yang kita dapat kecapi...suran al Imran ayat...
"  Setiap nyawa pasti akan merasakan mati...sesungguhnya akan di sempurnakan ganjaran di akhirat Allah bagi tahu siapa org yang paling berjaya ialah orang yang selamat dari api neraka dan kita di masukkan ke dalam Syurga Allah.
Kisah 2 orang'
1)  Dia tak dapat apa2 sangat di dunia ini... tapi dia orang beriman
2) Dia kaya apa saja dapat di dunia ini malang yang paling rugi dia orang yg tak beriman ..
Allah celup orang beriman di dalam syurga...aku tak pernah merasakan rasa susah di dunia...
Orang kaya di celup sesaat ke neraka ...merasa dia tak pernah merasa senang di dunia.  Dia gagal kerana tidak beriman.' Kesimpulannya kejarlah kejayaan yang hakiki...ia itu kejayaan untuk ke akhirat.  Wallalhuaqlam.

Pendakwah 4)
Nama saya Amsyar umur 13 Tahun
Tajuk utama :     Menyrelamatkan diri kita dari api Neraka.
Allah tunjukkan dan beri pengajaran melalui al Kitab Al Quran,
Orang2 kafir telah menempah baju2 neraka mereka ,...diperbuat dpd api...air panas yg mendidih  di tuang atas kepala mereka...bagaimana nak kita selamatkan diri dari api neraka?
Pasti sesungguhnya kami berikan Al Kitab.Al Quran ..maka kita akan sampai ke syurga jika kita mengamalnya kerana Al Quran...Gunalah Al Quran untuk berdakwah dan anmalkan...untuk menyelamatkan kita untuk ke syurga Allah.

Bismillah...Ana Ibrahim 16 Tahun...ana menyampaikan tazkirah pendek.Surah Saba ayat kelima..
Dan orang kafir berusaha bersungguh untuk menghalang ayat2 Kami...melemahkan ayat2 Kami...

Tafsir ulamak:  mengatakan
1) berusaha membuat tak paham al Qutran
2) membuat orang tak paham al Quran
3) Bersegera bersungguh menyesatkan orang...mari kita mengelakkan dari orang yg menghalang mempelajari ilmu Allah...
Telah berkata orang kafir menghalang orang dari memahami ayat Allah...akhirnya kamu akan mendapat memahami ayat Allah...Mari kita bertadabbur untuk selamat dari azab Allah.

Salam...Ana nak cerita  Beza orang beriman dsan tak beriman di hari akhirat... Saba...Mereka minta di segerakan azab...Allah kata Tak apa ...biarkan kerana akan ada satu masa yg mana ajakan didgkan kpd mereka hari kiamat...Maka dgn azab kami mereka minta untuk di azab...Jika orang beriman di surah Syura ayat ?' Orang beriman sentiasa takut pada hari kiamat adalah benar dan kiamat akan berlaku dia akan membaiki amalan mereka...ambil kisah Abu Bakar
1)Siapa hari ini dah bagi orang makan..
2) Siapa hari ini dah menziarah orang mati?
3) Siapa hari nini
4) Siappa
5) siapa
Abu bajkar memenuhi semua ciri2. soalan Nabi.

Salam ...ana Asif berumur 14 Tahun...Beriman sebelum di azab
Mereka tidk beriman kpdNya(Allah) sehingga melihat azab yg pedih...Mereka tidak akan beriman jika tidak melihat azab...jangan ikut mereka ...Jika kita lihat ayat ini...Orang kafir bila melihat azab baru hendak beriman..sebab azab akan turun tiba2 tanpa di sedari...Jadi mari kita beriman sebelum azab di turunkan,

Bismillah...Kelantan 16 tahun...
Gunakan lah sifat tergesa.2 .Surah An Biak ayat 100.Telah di ciptalah dengan sifat tergesa...gunakan sifat tergesa...
Allah bertanya Musa:  Apa penyebab kau lebih cepat dpd kaummu...mereka di belakangku...aku tergesa2 untuk mendapat redho Allah...Mari kita tergesa2 menuntut Ilmu...
Surah Abasasa  ayat ,,,?
Tergesa Abdullah ibn Maktum yg buta...itu. menuntut ilmu..
Yassin ayat...
Dan telah dtg dari hujung kota dengan bersegera...gunakan sifat ini kepada yg Allah Redho...wassalam

Bismillah.  Nama Ahmad Asad..
Tajuk: Punca manusia kufur dan maksiat..
Sesungguhnya orang2yg tidak mengharap bertemu dgn allah mereka bermaksiat mengumpat buka aurat mereka juga redho dgn kehidupan dunia...mereka senang dengan dunia ini...Dan m,ereka lalai dgn ayat2 kami ...tidak baca Quran ,tadabbur  Al Quran...
Apa balasan mereka ...Mereka itu lah tempat mereka dlm Neraka.Bila hari kebangkitan dtg kepada mereka ...mereka kata pada diri mereka 'Celaka lah kami di dunia kami kufur dan lalai dpd ayat Allah kerana kami tertipu dgn dunia...

Belum semak..
Salam
Bismillah...assalam
Haikal 16 Tahun..
Jangan lah kita menjadi orang yg menyesal di akhirat Allah...
Jika  mereka melihat berhadapan dgn Allah dlm keadaan hina...
mereka berkata'Waahai Tihan kami telah lihat semua ini dan kembalikanlah kami kedunia untuk membuat amal soleh...Semua penyesalah itu adalah sia2.."  Kita ada menyesal?  akan orang berdosa akan merasa menyesal ,,,Banyakkan lah amal soleh,,,berzikir...untuk mendapat syurga yg nikmat...Allah menunjukkan neraka  kepada Alhi syurga...dan ahli Nertaka pula di perlihatkan rupanya syurga...'Moga2 kita tidak di golongkan sebagai orang2 yg menyesal di akhirat Allah nanti

Sata Khairul Ikhwan 18 Tahun
Tak pendek tak panjang...
Apakah manusia di seksa
'Mendustakan ayat2 Allah.?
Nabi Nuh AS telah berdoa dn 
Allah perkenankan...dan telah kami menyelamatkan nya dpd orang2 yg berdusta ayat2 kami...
Di sebabkan mereka membuat kejahatan   mendustaakan ayat2 Alllah...Jangan buat kjejahatan kepada manusia yg lain...Mungkin kita akan mendapat azab di dinia sebelum kita keakhirat.

Bismillah..
Allah kata dlm surah alBaqarah...Wahai orang beriman ...makan...makan sumber yang halal,,,dan bersyukur lepas makan...Jom baca doa ...Allahmdulillah............

Maksud ..Puji Allah kerna dapat yg Allah bagi kita...Dapatkan Buku kecil ini.(Buku Doa)..dah ada Syukur..Kaum Sabak ayat 17...Allah bagi mereka Azab dan mereka tidak bersyukur...Insyaaallah...Banyaklah  bersyukur atas nikmat Allah.

Semua masih  segar?  Saya khalif dari Kajang umur 15 tahun...
Antara orang beriman dan org kafir tapi adakah mereka itu di redhoi allah? Tidak!  Allah bagi tahu ...dan moga2 bagi kamu Ujian untuk kamu jauh dpd Rahmat Allah...Istidraj ...Lihat Qarun orang yg paling kaya...di tenggelamkan Allah ke dalam bumi...Bolehkah Umur panjang kita kita dapat buat amalan...Manusia yang terbaik...orang yg Umur panjang tapi diisi dengan amalan yag baik..


Salam..
Nama saya Muhammad Faris..Umur 10 tahun...Tajuk saya
Surah "
Marilah kita jadikan Al Quran panduan hidup kita...
Boleh menyampaikan tadabbur dari kecil.

Sebenarnya mind set kita perlu latihan ...Belajar saja tak cukup.
Kita libatkan mereka...bagi latihan pandai menggunakan masa yang pendek
 dengan menyampaikan mesej yang penting dan penuh dengan dalil.
 ( satu Ilmu dan satu Latihan)
Kami,  War warkan produk tapi sekolah tak ada.
Sampaikan ...Walaupon satu ayat.


 

Friday, 31 October 2025

 


PENGAJARANNYA:

1)  ORANG MUNAFIK INI DI ZAMAN RASULULLAH.
MEREKA BELAJAR DLM MASYARAKAT PALING BAIK MURABBI PALING AGUNG:RASULLULLAH..TAPI JAWAB DGN KATA2 BIADAP.  NABI DAN SAHABATITU ORANG BODOH.  JANGAN TERKEJUT JIKA BERLAKU BEGINI ..JHATI MANUSIA ITU WALAU DGR TAZKIRAH SETIAP HJARI DARIO NABI ..SETIAP HARI.PAGI PETANG SIANG MALAM...BILA MEREKA TAK MAHU MEREKA DAKWA MEREKA LAGI BAIK PADA NABI.
PENGAJARAN :  SEMUA NYA BERGANTUNG PADA DIRI KITA

ORANG YANG BENAR2 IKHLAS...JANGANHERAN APA YG TERJADI SEKARANG N...MUNAFIK TETAP APA .ISTAIZU BILLAH " AMINTAK LAH KAMU BERELINDUNG DARI ALLAH DARIPADA ALLAH ...DARIPADA MUNAFIK YG KHUSYUK,...PADA ZAHIR NAMPAK KHUSYUK.
BAGAIMANA KHUSYUK YG NIFAQ?

NAMPAK KHUSYUK TAPI HATI MELAYANG...KHUSYUK YANG NIFAK...TAMBAHAN DI ZAMAN KITA ..KYUSYUK MUNAFIK TERDAPAT DI ZAMNAN KITA.

JAGALAH HATI KITA JANGAN JKADI KHUSYUK MUNAFIK.

SIAPA YANG RASA DIA AMAN DARI SIFAT MUNAFIK MAKA DIA MUNAFIK.. MAKA DIA ORANG BERIMAN.  RASA ITU KENA ADA SENTIASA.  BAGAIMANA HANZOLAH" "HANZOLAH TELAH MUNAFIK!"

IMAM HASSAN BASRI KATA:
AL MUKMIN...ORANG BERIMAN BILA BERAMAL SOLEH DIA TAKUT /RISAU TAPI ORANG MUNAFIK DIA BUAT DOSA DIA RASA.HEBAT DAB PUAS HATI.."

JANGHAN KATA MASIH BUDAK...
INGAT SEMUA TUTUR KATA DI KIRA.  SAMA JUGAK KITA SOLAT TAPI HATI ; LAGHO...ADALAH TAK KIRA.

"HADITH SOHEH RIWAYAT TARMIZI

BERDOALAH KPD ALLAH KAMU YAKIN ALLAH MAKBUL.  TERMASUKLAH ..WAJIB KAMU TAHU, SESUNGGUHLAH ALLAH TIDAK AKAN MAKBUL HATI YANG GHAFLAH..LALAI.

BILA BERZIKIR, BERDOA KENA FOKUS...MENGANTRUK ...BANGUN...JIKA KITA MENGANTUK DAN LAGHO...MAKA ELAKKAN..LAGHO LALAI KETIKA SOLAT ,BERZIKIR, 

JIKA TEGUR IMAN ...KENA TEGUR DGN JELAS...
PERLUKAN MASA ...TOLONG MURAJAAH.  
PUNCA KITA MALAS NAK MURAJOAH..SEBAB KITA TAK NAMPAK PENGANJARAN YG ALLAH BERI. TAHU TAPI LUPA SEBAB DUNIA.  ALLAH NAK BAGI SYURGA MAKIN TINGGI.  KITA 
KITA AKAN TAHU KELEMAHAN KITA BILA KITA BELAJAR..
BILA KITA KELUAR KE MESDAN \DAKWAH ...KITAAKAN DAPAT BUAT DGN BAIK.

ORANG MUNAFIK ADALAH SYAITAN SAMAADA DARI KALANGAN MANUSIA/ORANG ATAU JIN.  

Wednesday, 14 January 2026

 

Friday, 19 December 2025

 






Ya Rabb...banyaknya isi daripada pelajaran ustaz ni.  Rabbku anugerahkanlah pahala kepada Ustaz Moin .   Tuhanku daku hanya share nak mudahkan faham sahaja.  Harap sahabat2 ku dengar ceramah ustaz  Sebenarnya itu cuma notaku yang daku gantikan kepada setiap buku2 nota yang aku buat dan berakhirnya daku terpaksa hapus kerana simpan lama ia mengumpulkan  hama.  Rabbku ...Moga daku dan siapa2 yang masuk ke Blogku dapat belajar dwalaupon tak masuk kelas Dakwah Ustaz.  Aamiin.
Apa yang daku lihat...Ianya sangatlah memenatkan.  Anugerahkanlah pahala melimpah buat Ustaz Rabbku.



﴿ لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ

 ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ﴾[ الحشر: 21]