Friday, 27 February 2026

"Subha nakallah humma wabiham dika ash hadu ala illa ha illa anta..astagh firuka waatu bu illaik"

 







"Subha nakallah humma wabiham dika ash hadu ala illa ha illa anta..astagh firuka waatu bu illaik"


Dia memuji Allah dan memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada Allah. 

 

Wednesday, 25 February 2026

AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

 

Rabu, 3 Julai 2013

AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN



Saturday 28 February 2026 

Wednesday, 25 February 2026

Rabu, 3 Julai 2013

AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN





AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN.

 Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat Fillah yang dirahmati Allah, Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

 Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar.

 Antaranya: Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

 Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

 Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

 Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

 Ketiga : Memperbanyak doa. Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini). Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 
1. orang meminum arak,
 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 
3. orang yang selalu bertengkar dan
 4. ” Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu. Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.

Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat.

Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. 
Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada merekajauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama. 

~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~  


Friday, 20 February 2026

Doa masuk dan keluar dalam keadaan yg terbaik dan memenangkan...

 UPDATE 21/26 BERSAMAAN 3 RAMADHAN 1447 H


 Rabbi ad khilni mud khalasid qing wa akh rij ni mukh raja sid qing waj  alli mill ladun ka sultoo nan nasii raa...

Semak :   Quran Suratul Israq Ayat ke 80,


Wahai Tuhan masukkanlah aku pada tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku pada tempat keluar yang benar ( mulia ) dan jadikanlah untukku dari sisimu kekuasaan yg memenangkan.

Tuesday, 17 February 2026

Dakwah menurut Al Quran dan As-Sunah. Ustaz Abd Muein.

 UPDATE 18/2/26 BERSAMAAN 30 SYAABAN 1447 H

Tuesday, 7 October 2025

Tuesday, 1 October 2024

 

.
Dalam" Tajuk Dakwah mengikut Al Quran dan AsSunnah."

Buka Surah Lokman.   Ayat 23.  Apa yang menyebabkan Nabi Sedih.?
Alalah kata barang siapa yang kufur dan Ingkar pada Allah maka kekufuran orang itu kerana menelawan engkau...Orang tidak beriman bukan dosa Nabi ...Nabi sedih kerana pada diri nabi ada sifat Harison  Alaikom..Nabi tamak nak lihat umatnya masuk syurga...kerana itu Turun firman Allah..Allah larang Nabi dari bersedih. kerana nabi telah berdakwah kepada merteka.
Kalau kita cinta isteri kita , isteri kita sedih tentu kita sedih juga...Itu adalah cinta...Betul ke kita cinta Nabi ?  bila tengok orang buat benda Maksiat.  Saya sedeh tengok orang tak beriman itu sebabnya kita berdakwah kepadanya.   Meskipon kena maki Nabi masih berdakwah...Sedih kerana kita lihat mereka tidak mengikut Al Quran dan Hadith.   Ini menunjukkan kita Cinta Rasullullah.   Kita Sambut Maulidul Rasul dan Berdakwah...Paling Nabi Suka ialah berdakwah... Antara tahun Nabi sedih adalah 11  dan 10 tahun berjhijrah ..Pak Cik Nabi mati dlm kekafiran  Dan Dalam Tahun yang sam Isteri Kesayangan Nabi meninggal.  Khadijah  penyumbang Harta dan nyawa kepada Agama...sehingga tahun dinamakan Tahun Kesedihan.   Lepas 2 rang ini mati nabi tengah sedih  ...Nabi pergo berdakwah ke Thoif.  Nabi berjalan kaki 100 kilometer lebih. dalam kesedihan.  Nabi berdakwah di Thoif.  Bila di Thoif Nabi dibaling dengan batu...Nabi pikir " Rahmatan Lilalamin"  Orang Thoid baling batu pada hari pertama lagi.  Kita kena belajar ,kena buat...Siap[a yang kufur Jangan Sedih kerana kamu telah berdakwah.. Kita sedih kerana melihat sebarang maksiat.   Kenapa kita tak sampaikan Ilmu..."Sampaikan Ilmuku walaupon hanya satu ayat"   Nabinsuruh...semua orang tahui...Kita tak ikut perintah Nabi..  Para sahabat jika mereka dapat satu hadith atau wahyu Allah..mereka sampaikan kepada sahabat,.

Al Thufair bin Amru seorang penyair datang ke Mekah  orang mushrikkin Mekah melarang Thufair mendekati Nabi...Jangan dengar seruan Nabi..  Maka banyak sangat peringatan kepada At Thufair dia mengambil kapas di telinganya dgn kapas tapi At Thufair fikir kenapa mesti tutup telinga maka dia mahu mendengar apa yang Rasullah dakwahkan.  Baru mendengar sedikit saha dakwah Nabi, Thufair masuk Islam.

At Thufair garang sikit maka Bapak Thufair ikut beriman, Kamu jauh dpd aku agama kita berbeza aku ikut agama Muhammad...isteri thufair masuk islam...Oleh kerana kasar,orang tak mahu ikut Thufair dia pergi berjumpa Nabi ...Nabi berdoa agar Allah bagi Hidayah AdAdaus...Nabi pesan pada Thufair  "  Hendaklah awak berdakwah dengan lembut.  Nabi hijrah ke madinah Thufair berdakwah...AT Thufair bawa 70 keluarga beriman bertemu Nabi...salah seorang dpd mereka ialah Abu Hurairah Addausi.  AT thufair bukan sahaja  mendapat pahala dpd Abu Hurairah yang memegang 5000 haditah, Malah pahala Abu Hurairah menyampaikan hadith sebanyak 5000 hadith adalah  hasil dakwah Thuffair.

Betapa ruginya ilmu kita tak sampaikan , maka sampaikan terus...jangan jemu.  Rugi jika kita belajar sahaja tanpa menyampaikan.  Orang terbaik ada 2 .
      1) Belajar AlQuran 
     2)  Sampaikan...dakwah...
Rugi jika kita tak berdakwah...Ada ilmu sampaikan ...Ada duit beri pada pendakwah untuk berdakwah.  Ramai di luar sana tak menutup aurat..kesian...Sampaikan.  Buktikan cinta kita dengan membuat apa yang Nabi Buat... Ya Allah Selamatkan mereka dpd Azab Neraka dengan mendengar Hadith Nabi dan Firman Allah dlm Al Quran.

Siapa yang mengikut petunjuk Aku tidak takut dan sedih....Apa pon yg berlaku jangan sedih.
Allah larang dpd sedih.  Jika kita telah dakwah...Kita ada kelemahan kena sampaikan Ilmu walaupon satu ayat.  Jangan sedih lagi jika dah dikau sampaikan mereka tidak terima,   Memang sedih jika kita sampaikan orang yg kita sayang tak mahu ikut pengongsian kita.   MaasyaaAllah Aamiin.

Monday, 16 February 2026

WAA BARU BETUL...MEREKA BANGGA .....MGPerak: MB Perak Pimpin 52 Orang Asli Mengucap Dua Kalimah Syahadah

  WAA BARU BETUL...MEREKA BANGGA .....MGPerak: MB Perak Pimpin 52 Orang Asli Mengucap Dua Kalimah Syahadah


PUASA UNTUK ALLAH...


 

Sunday, 15 February 2026

Merepek.... Keterbukaan dalam mazhab di label bidaah....ajak tinggal bidaah....kena label Wahabi...

Saturday, 14 February 2026

Merepek.... Keterbukaan dalam mazhab di label bidaah....ajak tinggal bidaah....kena label Wahabi...

DATO' ASRI -DAKWAH BUKAN SOAL MENCARI KEKAYAAN.

 

Wednesday, 15 October 2025

 

Penting tajuk ni...
Pendakwah dah jadi artis...dgn air liur guna nama dakwah dapat rezeki yg melimpah...Ia bukan medan manusia menjadi kaya ...Sebenarnya risiko dlm medan dakwah...orang sekarang selebriti...pakai kereta besar...dlll... Adakah itu pasaran?   dia akan bercakap...sebab keadaan 2 yg berlaku...yg kita perlu semak diri kiyta...
"Kami jadikan mereka para Imam yg menjadikan petunjuk dgn ayat kami supaya mereka sabar dan yakin agar tercapai dlm kepimpinan untuk agama."
Bukan pasal apa sangat GISB dll...ramai orang yg suruh saya  jaga diri...Tingkatkan keselamatan..." Saya kata Allah ada...disamping itu kena juga berhati2  Seorang Syeikh Arab bertemu dgn saya ...Kenapa jln bersaorang?......Apapon ada risiko......Ini adalah dakwah..bukan alam selebriti..Dahulu semasa Nabi berdakwah ramai musyrikin menyiksa mereka yg masuk islam ....Musrikin siksa...Sumaiyyah,  Bilal pon dlm keadaan tersiksa...Nabi berselindang berselimut di bawah bayangan Kaabah.." Wahai Rasullullah...tidak boleh  Rasullullah doakan agar kita berjaya ..mintak Allah tolong?
"Kata Rasullullah...:  Orang sebelum kamu di ambil org masukkan dlm lubang, di gergaji, di ambil sikat daging dgn dagingnya...Mereka tidak tergopoh gapak...tidak gelisah...Nak dakwah yg orang tak kata...no no...itu bukan dakwah...betulkan dlm dakwah kena ada sabar , kena ada perjuangan agar umat dapat di islahkan   dan dapat kecapi untuk mendapat syurga.  '

Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda: هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ

 

Khamis, 29 Januari 2026

 Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda:

هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ

Maksudnya: “Alangkah baiknya jika kamu melihat apa yang kamu kagum, kamu doakan keberkatan buatnya?”

[riwayat Ahmad].

BAGAIMANA UNTUK DEKAT KEPADA ALLAH ?

 

Jumaat, 23 Januari 2026

Beri makan ruhmu..

SEMAKIN KITA DEKAT PADA ALLAH ,
HATI MENJADI TENANG.
BAGAIMANA UNTUK DEKAT KEPADA ALLAH ?   BANYAKLAH BERZIKIR KEPADA ALLAH.