Thursday, 19 March 2026

Setiap amalan soleh diakhiri dengan istighfar. ( Maafkan aku untuk penutup Ramadhan ini...)

 Tutuplah Ramadhan dengan Istighfar

Sheikh Dr Abdus Salam Asy Syuwa’ir


Daripada Umar bin Abdul Aziz radhiyallahu 'anhu, bahawa beliau pernah menulis surat ke pelbagai wilayah pada akhir bulan Ramadan: "Akhirilah Ramadan dengan istighfar." 


Maka, perbanyakkanlah istighfar pada hari-hari ini. Mengapa? Supaya kamu tidak kagum dengan amalan kamu, tidak kagum dengan ibadah kamu dan tidak terpedaya dengan diri kamu sendiri. 


Sesiapa yang terpedaya dengan dirinya sendiri dan ibadahnya, maka dia pasti binasa.


Perbanyakkanlah istighfar. Orang yang benar-benar beristighfar dengan hatinya ialah orang yang mengetahui akan kekurangan amalannya. 


Boleh jadi amalan yang sedikit berserta keyakinan kepada Allah dan ketaqwaan kepadaNya adalah lebih dicintai oleh Allah Azza wa Jalla berbanding amalan yang banyak tetapi disertai dengan rasa ujub (bangga diri).


Kamu tidak tahu siapa yang... kamu tidak tahu siapa yang diterima amalannya, kamu tidak tahu siapa yang digandakan kebaikannya dan siapa yang tidak digandakan.


Sesungguhnya Allah menggandakan kebaikan sehingga 700 kali ganda, manakala yang lain tidak digandakan, berdasarkan apa yang menetap (keikhlasan) di dalam hati.


Ramai orang yang berkurang pahala mereka dan mungkin terbatal amalan mereka disebabkan rasa bangga dengan amalan mereka sendiri.


Akan tetapi, jika dia mengucapkan "Astaghfirullah" (aku memohon ampun kepada Allah) bukan sekadar dengan lidahnya tetapi dengan hatinya, dia menyedari bahawa pasti ada kekurangan dalam amalannya dan walau sebaik mana pun dia melakukannya, pasti ada kekurangan sebelum, selepas dan semasa beramal.


Setiap amalan soleh diakhiri dengan istighfar.


Bukankah Nabi ‎ﷺ selepas solat fardhu – padahal ia adalah ibadah fardhu – apabila selesai daripadanya baginda mengucapkan: "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah"?


Oleh sebab itu, golongan Salaf seperti Umar dan lain-lain memahami bahawa bulan Ramadan diakhiri dengan istighfar dan oleh sebab itu, pada hari-hari ini, ucapkanlah istighfar (mohonlah keampunan daripada Allah).